KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan seorang pelajar sekolah maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan bangunan perumahan dalam kejadian di Setapak, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, mangsa berusia 17 tahun telah terjatuh dari bangunan itu tanpa disedari oleh ahli keluarga. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa yang juga pesakit psikiatrik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. “Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan. –UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya