Polis diberi kuasa arah sita wang dalam ‘akaun keldai’

Polis diberi kuasa arah sita wang dalam ‘akaun keldai’

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis akan diberi kuasa sitaan untuk  mengarahkan penyitaan wang di dalam akaun bank yang disyaki terlibat  dengan aktiviti jenayah dan perkara berkaitan ‘akaun keldai’ (mule  account).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),  Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan itu dilaksanakan selepas peruntukan baharu diperkenalkan di bawah cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)  2024.

Menurut beliau, dalam hubungan ini,  pengenalan peruntukan undang-undang khusus yang lebih efektif akan membantu agensi penguat kuasa melaksanakan tugas dan  tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.

Jemaah Menteri bersetuju dengan  cadangan dasar dan cadangan RUU untuk  meminda Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]  berhubung kesalahan-kesalahan jenayah dalam  talian berkaitan akaun keldai dan prosedur berkaitan untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi mesyuarat kali ini.

“Cadangan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 ini melibatkan  pengenalan peruntukan khusus berkaitan dengan penggunaan mule  account,” katanya.

 Azalina berkata, cadangan pindaan ini antara lain, akan memperuntukkan  kesalahan sekiranya mana-mana orang tanpa kuasa atau tujuan  yang sah didapati memiliki instrumen pembayaran orang lain.

“Ini termasuk memperuntukkan juga kesalahan sekiranya mana-mana orang tanpa  kuasa ataupun tujuan yang sah membenarkan instrumen  pembayarannya digunakan oleh orang lain,” katanya.

Cadangan pindaan kepada Akta 574 adalah  diperlukan pada masa kini bagi memastikan ia selari dengan kepantasan perkembangan dan kecanggihan teknologi pada ketika ini.

Ini  terutamanya yang sering digunakan dan disalah guna oleh para  penjenayah.

“Kerajaan berharap usaha ini dapat sokongan semua  ahli Parlimen kedua-dua pihak dalam memastikan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat negara ini adalah terjamin,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya