NIBONG TEBAL: Secara tidak rasmi, Perikatan Nasional (PN) kini mendahului kiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, hari ini. Setakat 7.21 petang, calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin memperoleh 5,949 undi manakala Abidin Ismail daripada PN memperoleh 8,002 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Sungai Bakap adalah sebanyak 39,279 orang, termasuk 57 anggota polis. Pilihan raya kecil hari ini membabitkan pertandingan satu lawan satu antara Joohari dan Abidin.-UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya