PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menuntut penjelasan dan permohonan maaf Meta kerana menurunkan hantaran bergambar pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Doha, Qatar, yang dimuatnaik di laman Instagram. Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengecam tindakan diambil oleh Meta terhadap hantaran menerusi akaun Perdana Menteri. “Tindakan ini ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu. “Sehubungan itu, pihak kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini, dan mendesak Meta memohon maaf,” katanya hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya