PKNS lancar Aludra Residensi, projek hartanah ke-4 di Cyberjaya

PKNS lancar Aludra Residensi, projek hartanah ke-4 di Cyberjaya

MAHMUD Abbas (tiga kiri) bergambar dengan kediaman Residensi Aludra pada Majlis Pelancaran Residensi Aludra di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan projek hartanah terbaharunya, Aludra Residensi membabitkan pembinaan 218 unit rumah bandar dua tingkat.

Projek terbaharu itu dibangunkan di lokasi strategik iaitu di Selangor Cyber Valley (SVC), di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, Aludra adalah projek keempat PKNS di SCV ini selepas Vega Residensi (356 unit), Idaman Residensi (864 unit) dan
Residensi Aurora (300 unit).

Beliau berkata, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM125 juta, Aludra Residensi dibina di atas tanah seluas 4.46 hektar (11.17 ekar) dengan harga bermula RM555,000 di mana pembinaannya dijangka bermula Oktober tahun ini.

“Unit kediaman ini direka khas berkonsepkan moden kontemporari yang menonjolkan reka bentuk fasad berupa ‘barn house’ sekali gus memperlihatkan kelainan daripada konsep kediaman di kawasan perbandaran PKNS,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, sambutan orang ramai terhadap unit ini amat memberangsangkan apabila 60 peratus daripada unit ditawarkan sudah ditempah pelanggan.

Mahmud berkata, secara keseluruhan, PKNS merancang untuk membangunkan 7,500 unit projek hartanah pelbagai di Cyberjaya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, esemua projek itu akan dibangunkan di atas tanah seluas 1,500 ekar di Cyberjaya ini.

“Kami amat teruja dengan sambutan orang ramai terhadap unit hartanah ditawarkan PKNS di Cyberjaya ini dan ia membuktikan permintaan hartanah terutama rumah bertanah semakin meningkat.

Dalam pada itu, Mahmud berkata, PKNS menyasarkan RM1 bilion projek pada tahun ini dengan merancang 12 pelancaran projek, di mana empat daripadanya dilancarkan setakat ini.

Katanya, selain merangka projek di kawasan perbandaran PKNS di Kota Puteri, Antara Gapi dan SCV, PKNS juga sedang giat merancang projek pembangunan peremajaan bandar Shah Alam iaitu SA Sentral terutama di Seksyen 14.

“Projek itu bernilai RM3 bilion dan akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2030 sekali gus merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya