Pindaan Akta Perubatan 1971 jamin penambahbaikan pakar

Pindaan Akta Perubatan 1971 jamin penambahbaikan pakar perubatan

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penambahbaikan terhadap kualiti dan kuantiti pakar perubatan yang dilahirkan akan terjamin selepas pindaan dibuat terhadap Akta Perubatan 1971 (Akta 50), sama ada melalui program sarjana atau ‘parallel pathway’.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ini kerana di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024, latihan kepakaran baharu tempatan bagi kedua-dua program berkenaan mendapat kelulusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum diiktiraf.

Penilaian dijalankan berdasarkan standard yang diluluskan MMC bagi memastikan kualiti latihan kepakaran dapat dipelihara.

“(Tujuan) kedua ialah kualiti. Ada dua jalur kepakaran, dan isu selalu ditanya ialah kualiti serta bagaimana bertemu dengan kuantiti yang mahu dijamin dengan pindaan ini,” katanya pada taklimat media mengenai RUU Perubatan (Pindaan) 2024 serta RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 di bangunan Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Dr Dzulkefly membentangkan RUU Perubatan (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bertujuan memberi kuasa kepada MMC untuk mengiktiraf kelayakan serta latihan kepakaran bagi pendaftaran pengamal perubatan dan pakar.

Pindaan ke atas perenggan 4a(2)(h) itu adalah sebahagian daripada Fasal 4 RUU berkenaan yang secara umum bertujuan meminda Akta Perubatan 1971 bagi menambah baik peruntukan mengenai pendaftaran pengamal perubatan sebagai pakar serta bagi melaksanakan proses pengiktirafan kelulusan dan latihan kepakaran.

Dalam masa yang sama, Dzulkefly turut menafikan dakwaan yang Kementerian Kesihatan (KKM) bersikap berat sebelah dengan tidak memberi penekanan kepada program sarjana perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berbanding ‘parallel pathway’.

Dalam tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, sebanyak RM365.4 juta (96 peratus) dibelanjakan untuk pegawai perubatan KKM mengikuti latihan kepakaran peringkat sarjana di universiti awam, berbanding RM13 juta (empat peratus) untuk ‘parallel pathway’.

“Apapun persepsi (mendakwa) kita memberi kepentingan kepada program antarabangsa, ‘parallel pathway’, dari sudut kewangan pun jelas, ia jelas tidak begitu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya