TANGKAK: Seorang pesara kerajaan rugi RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan melalui panggilan telefon. Ketua Polis Daerah, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, wanita warga emas berusia 67 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis. “Suspek kemudian mendakwa pesara itu kononnya terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan diminta memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza diberikan suspek atas alasan bagi tujuan siasatan. “Bagaimanapun wanita itu berasa sangsi dan menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya serta membuat laporan polis semalam,” katanya dalam satu kenyataan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya