Pertimbang pakai Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan Universiti Awam 2024

Pertimbang pakai Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan Universiti Awam 2024

ZAMBRY Abdul Kadir hadir pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Sky Global Apprenticeship TUSAS di Cyberjaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan cadangan daripada
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya percaya dapatan dikeluarkan oleh PAC itu bertujuan memperbaiki tadbir urus dan tatakelola pelaburan dan pembiayaan di universiti-universiti awam.

“Kita mengalu-alukan cadangan daripada PAC itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Sky Global Apprenticeship oleh Turkish Aerospace (TUSAS) di sini, hari ini.

Baru-baru ini, PAC berpendapat supaya KPT boleh mempertimbang pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.

Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dilaporkan berkata, pembangunan dan penguatkuasaan garis panduan itu untuk diguna pakai semua universiti awam dilihat adalah baik.

PAC sebelum ini membentangkan laporannya terhadap tindakan susulan KPT dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi syor-syor laporan PAC berhubung UiTM Holdings Sdn Bhd (UHSB).

PAC juga mengambil maklum usaha yang diambil KPT, UiTM dan UHSB bagi memastikan pengurusan aktiviti UiTM Holdings diuruskan dengan teratur, cekap dan berkesan serta mengikut amalan tadbir urus korporat yang baik.

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya