BESUT: Gula-gula ‘tarik’ yang dijual seorang peniaga di sini masih mendapat permintaan tinggi walaupun pelbagai jenis gula-gula dan manisan baharu berada di pasaran. Razali Deraman, 52, berkata, dia mewarisi perniagaan yang diusahakan arwah bapa mentuanya sejak 25 tahun lalu, demi memastikan ‘manisan’ itu tidak hilang ditelan zaman. Katanya, dia berniaga gula-gula ‘tarik’ menggunakan motosikal di tempat tumpuan ramai di sekitar daerah ini termasuk di Pantai Bukit Keluang di sini. “Sekarang ini jarang orang jual gula-gula ‘tarik’, berbanding zaman dulu walaupun masih digemari masyarakat setempat dan dijadikan sebagai jajan atau makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya