KECEWA sudah semestinya, tapi api harapan penyanyi dan pejuang irama Malaysia, Noraniza Idris, masih menyala untuk konsert Malai Solo yang diidamkannya. Banyak cabaran untuk melihat hasratnya terlaksana depan mata. Namun Noraniza yang mesra disapa Kak Ani sudah berlapang dada, menganggap semua itu belum rezeki untuknya. Penyanyi lagu Dikir Puteri itu mengakui mengambil masa yang lama untuk mengumpul kekuatan selepas konsertnya pada 2022 terpaksa dibatalkan kerana ditipu pihak penganjur. Kini dua tahun berlalu, Kak Ani enggan lagi menyendiri, dia tampil dengan konsert Qalam yang berlangsung tiga hari bermula 27 September ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya