Perhebat peranan PIBG

Perhebat peranan PIBG sediakan persekitaran kondusif , selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam usaha memperkukuhkan sistem pendidikan negara, peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) perlu diperhebatkan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat.

Antara tujuan PIBG ditubuhkan adalah untuk mewujudkan permuafakatan tugas dan tanggungjawab demi menjaga kebajikan pelajar.

Dewasa ini, tragedi dalam kalangan pelajar seperti kes buli, depresi, kecederaan, keracunan makanan, gangguan seksual, dan beberapa isu lain memberi tamparan hebat kepada institusi pendidikan.

Jelas sekali, untuk mengekalkan persekitaran yang selamat adalah lebih mencabar sekarang berbanding sebelum ini.

Hasrat Malaysia menaiktaraf pendigitalan sistem pendidikan memperuntukan fasiliti dan infrastruktur tambahan di sekolah. Pelajar bukan sahaja terdedah kepada risiko keselamatan diri tetapi menghadapi ancaman alam maya.

Secara amnya, persekitaran pembelajaran yang selamat merangkumi empat komponen utama iaitu keselamatan bangunan, fizikal, emosi dan siber.

Pengurusan keselamatan bangunan melibatkan penyelenggaraan sistematik secara berjadual dan berkala.

Keselamatan fizikal dikaitkan dengan mencegah pelajar daripada insiden kemalangan, sama ada secara semula jadi, tidak sengaja atau buatan manusia.

Dalam menghadapi situasi ancaman fizikal ini, PIBG memainkan peranan besar untuk mendengar dan mengambil tindakan terhadap setiap aduan ibu bapa.

Bukti seperti akaman, gambar dan aporan doktor perlu direkod oleh ibu bapa dan dimajukan kepada PIBG atau Pengetua sekolah.

Seterusnya adalah keselamatan emosi iaitu kesejahteraan mental dan psikologi pelajar.

Situasi ini menjejaskan proses tumbesaran dan membantutkan kecerdasan fikiran.

Ancaman emosi yang dihadapi oleh pelajar mendorong kepada perasaan putus harapan seterusnya mencederakan badan sendiri atau bunuh diri.

Akhir sekali, adalah keselamatan siber. Penggunaan peranti elektronik berlebihan dalam kalangan pelajar mengakibatkan kesan negatif dari segi ergonomik, perkembangan minda dan hilang tumpuan pelajaran.

Pelajar dengan mudah menjadi mangsa kepada indiket penipuan, penculikan, keganasan atau pergaulan dengan orang tidak dikenali.

Pertemuan secara media panggilan video memudahkan pertemuan antara pihak ibu bapa dan guru.

 

 

 

-Dr. Rodzidah Mohd Rodzi Pegawai Khas (Penyelidikan) Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber
Manusia Malaysia
[email protected]. – UTUSAN

 

 

 

 

 

 

 

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN