Perbelanjaan pembangunan naik RM92b, kadar hutang diperlahan RM86b

Perbelanjaan pembangunan naik RM92b, kadar hutang diperlahan RM86b

KERAJAAN melaksanakan langkah untuk mengurangkan kenaikan hutang negara sejajar dengan komitmen menambah baik pengurusan kewangan, tanpa mengabaikan pembangunan negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksanakan langkah untuk mengurangkan kenaikan hutang negara sejajar dengan komitmen menambah baik pengurusan kewangan, tanpa mengabaikan pembangunan negara.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), antara tahun 2021 dan 2024, perbelanjaan pembangunan Malaysia meningkat sebanyak 44 peratus atau 13 peratus bagi kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) daripada RM64 bilion kepada RM92 bilion.

“Meskipun kerajaan menaikkan perbelanjaan pembangunan, kenaikan hutang bersih baharu diperlahankan daripada RM100 bilion pada tahun 2021 dan 2022 kepada RM86 bilion yang diunjur untuk tahun ini.

“Komitmen ini direalisasikan melalui tekad peningkatan tatakelola melalui penghapusan ketirisan dan pembaziran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MOF berkata, iktikad kerajaan untuk menambah baik kedudukan kewangan negara menjadi ketetapan undang-undang dengan penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah kerajaan menyasarkan penurunan jumlah hutang dan defisit fiskal secara berperingkat bertujuan untuk tidak mahu menjejaskan rakyat.

Beliau berkata, sekiranya kedua-dua perkara itu dilaksanakan secara mengejut dan drastik, ia akan memberi impak kepada projek sedang dijalankan termasuk usaha membantu rakyat dan pembangunan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya mengunjurkan sasaran defisit fiskal 4.3 peratus pada tahun ini setelah kejayaan menurunkan kepada lima peratus pada 2023 berbanding tahun sebelumnya iaitu 5.6 peratus.

Beliau merujuk dakwaan tidak berasas kononnya kerajaan tidak mendedahkan fakta sebenar ekonomi dan memungkiri janji terkait usaha menurunkan hutang negara.

Jelasnya, kerajaan tidak membatalkan semua hutang dan sebaliknya ia dilakukan secara berperingkat kerana pihaknya mempunyai pelbagai usaha dan perancangan untuk membantu rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya