PASIR MAS: Seorang lelaki yang disyaki penyeludup dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Golok dekat Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Pulai, di sini malam tadi. Mangsa, Mohd. Yuki Mohd. Yusoff, 41, hilang di dalam sungai berkenaan kira-kira pukul 8 malam selepas dipercayai cuba melarikan diri semasa serbuan pihak polis. Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd. Azmi Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.17 pagi tadi. Menurutnya, seramai 19 anggota dari balai bomba Pasir Mas, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) balai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya