SABAK BERNAM: Perbuatan seorang penjual pisang goreng menculik dua kanak-kanak kerana inginkan anak perempuan mengundang padah apabila dijatuhi hukuman penjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, hari ini. Majistret Siti Hajar Ali memutuskan demikian selepas tertuduh, Mohamed Shahriza Othman, 32, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Selain hukuman penjara, bapa kepada dua anak itu didenda sebanyak RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayarnya. Siti Hajar dalam penghakimannya berkata, pengakuan bersalah tertuduh jelas menunjukkan kekesalan dan keinsafan atas insiden yang berlaku itu. “Namun, hukuman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya