Penjawat awam disiasat buat hantaran jelik berkaitan 3R di TikTok

Penjawat awam disiasat buat hantaran jelik berkaitan 3R di TikTok

SEORANG penjawat awam disoal siasat SKMM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan berhubung aduan diterima mengenai komen jelik melibatkan elemen 3R (raja, bangsa, agama) yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok.

SKMM dalam kenyataan memaklumkan, dalam operasi dijalankan di Sungai Petani, Kedah pada Khamis lalu, seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun yang merupakan penjawat awam disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

SKMM menemukan akaun TikTok yang disiasat pada telefon pintar suspek dan kesemua barangan kes yang berkaitan dirampas dan disita untuk siasatan lanjut.

“Terdahulu, SKMM menyerahkan Notis Kehadiran pada hari yang sama kepada suspek mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya hari ini.

Pada masa sama, SKMM mengingatkan orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk membuat sebarang hantaran dan komunikasi yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini.

Ia khususnya kandungan melibatkan 3R yang berpotensi menggugat ketenteraman awam.

“Penjawat awam juga diingatkan untuk tidak menggunakan media sosial bagi tujuan menyebarkan mesej yang melanggar undang-undang negara.

“Ini seperti yang terkandung dalam peringatan berkaitan arahan larangan membuat pernyataan awam oleh pegawai awam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya