Pengarah filem, Mansor Puteh terkorban dalam nahas jalan raya - Utusan Malaysia

Pengarah filem, Mansor Puteh terkorban dalam nahas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pengkritik filem, Mansor Puteh terkorban dalam nahas jalan raya hari ini.

Berita duka itu dikongsi pengarah, Al Jafree Md. Yusop di Facebook, petang tadi.

Allhayarham disahkan meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, di sini.

“Innalillahi wa inna ilaihi rajioun, saudara Mansor Puteh telah meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan. Satu lagi kehilangan buat warga seni. Al Fatihah,” katanya.

Allahyarham menerima pendidikan awal dalam bidang komunikasi massa dari Institut Teknologi Mara (ITM).

Allahyarham turut pernah menjadi wartawan di Utusan Malaysia sebelum meneruskan pengajian di Universiti Columbia pada 1978.

Antara filem yang pernah diarahkannya adalah Seman pada 1988.

Arwah juga pernah menghasilkan dokumentari 48 minit mengenai Tunku Abdul Rahman bertajuk Residency Years atau Bertahun di Residensi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya