KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk hadir sebagai responden putatif kedua dan berhujah dalam semakan kehakiman oleh Badan Peguam yang mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman dan dendanya. Dengan kebenaran tersebut, Najib yang diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibolehkan berhujah dalam permohonan ex-parte (sebelah pihak) mendapatkan kebenaran oleh Badan Peguam selaku pemohon. Responden putatif merupakan pihak yang tidak sepatutnya hadir pada peringkat tertentu dan tidak mempunyai hak untuk merayu sekiranya keputusan tidak berpihak kepada mereka. Kehadiran Jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya