Penduduk Khan Younis hidup merempat selepas dihalau rejim Zionis

Penduduk Khan Younis hidup merempat selepas dihalau rejim Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 250,000 penduduk di timur Khan Younis, Palestin dilaporkan terpaksa hidup merempat termasuk tidur di tempat terbuka dan sebahagiannya bersesak dalam khemah selepas rejim Zionis melancarkan operasi `pembersihan’ di kawasan itu baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Aqsa Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammala, Israel telah memaksa penduduk di wilayah itu berpindah ke kem-kem di Gabenor Pusat kerana mereka mahu melancarkan operasi `pembersihan’ besar-besaran dengan menyasarkan kediaman penduduk dan kemudahan infrastruktur.

Kata beliau, tentera Israel juga memaksa pekerja dan pesakit di `Hospital Eropah’, satu-satunya hospital yang masih beroperasi di selatan Semenanjung Gaza, supaya berpindah.

Katanya, keadaan pesakit yang terpaksa meninggalkan bilik rawatan dengan berkerusi roda dan ada yang terpaksa ditolak oleh anggota keluarga, sangat menyayat hati.

“Penjagaan kesihatan di hospital juga tidak sempurna disebabkan kekurangan bekalan ubat-ubatan dan bekalan tenaga. Malah, bekalan air bersih juga semakin sukar didapati.

“Terbaharu, sekumpulan penduduk yang sedang menunggu bekalan air bersih cedera selepas jet pejuang Israel melancarkan serangan. Bagaimanapun, mereka tidak dapat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana tiada ambulans untuk membawa mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam berkata, perkhidmatan sektor kesihatan di Semenanjung Gaza sangat terjejas disebabkan kekurangan bekalan perubatan dan kakitangan kesihatan menyebabkan penduduk yang cedera sukar mendapatkan rawatan.

Katanya, tentera Israel tidak membenarkan lori bantuan membawa makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar memasuki Gaza.

“Tentera Israel telah mengawal semua persimpangan di Semenanjung Gaza, termasuk persimpangan Rafah ke Mesir dan persimpangan perdagangan Karem Abu Salem,” jelasnya.

Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari berkata, ia merupakan strategi Zionis dengan mengarahkan pemindahan penduduk Palestin bagi melemahkan semangat juang mereka.

Katanya, menyekat kemasukan bantuan makanan dan sumber air dilihat `senjata’ baharu Zionis untuk menamatkan perjuangan rakyat Palestin.

“Mereka (Zionis) sengaja membiarkan bantuan kemanusian menunggu lama di sempadan supaya stok bekalan makanan rosak, dan penduduk Palestin terus kebuluran,” katanya.

habis
kapsyen
Pasangan suami isteri Palestin mendukung anak mereka bagi meninggalkan Khan Younis ekoran tindakan rejim Israel meningkatkan aktiviti ketenteraan dan serangan di kawasan Selatan Gaza itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya