IPOH: Nilai pendaratan ikan darat atau ikan air tawar oleh nelayan darat di Perak adalah tertinggi di Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, Jabatan Perikanan Malaysia mencatatkan seramai 1,471 nelayan darat di Perak dan mendaratkan sebanyak 2,695.73 tan metrik ikan. “Pendaratan ini merupakan nilai pendaratan ikan darat tertinggi di Malaysia. Lampam Sungai dan Udang Galah merupakan spesies ikan utama yang didarat oleh nelayan darat di Perak diikuti ikan Baung, Tenggalan dan Loma,” katanya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya