PETALING JAYA: Mewujudkan silibus baharu khusus untuk pencegahan dadah boleh memberi beban tambahan kepada para pelajar. Timbalan Pengerusi Kluster Reformasi Pendidikan dan Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr. Anuar Ahmad berkata, tiada keperluan menambah silibus atau subjek khusus memfokuskan kepada dadah. Katanya, penambahan silibus itu hanya meningkatkan bebanan para pelajar dengan silibus sedia ada. “Masalah gejala sosial melibatkan remaja ini sememangnya perlu diberikan perhatian dalam pendidikan tetapi tidak perlu ada silibus khusus. “Banyak sebenarnya isu yang perlu dipelajari anak-anak kita tetapi kalau semua ini perlu silibus baharu, maka ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya