Pembonceng wanita nyaris maut, kaki digilis tayar lori

Pembonceng wanita nyaris maut, kaki digilis tayar lori

Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal dinaiki terperosok di bawah sebuah lori treler di bulatan berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang wanita nyaris maut apabila motosikal dinaiki terperosok di bawah sebuah lori treler di bulatan berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA, petang tadi.

Lebih menyayat hati, sebelah kaki mangsa cedera teruk dan hancur akibat digilis tayar belakang lori treler dan diseret sejauh kira-kira 80 meter.

Dalam kejadian di Jalan Masjid KLIA sekitar pukul 3.22 petang itu, insiden membabitkan dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal jenis Honda Dash.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa bergesel dengan lori treler berkenaan.

Beliau berkata, mangsa berusia 25 tahun yang membonceng motosikal telah terjatuh sebelum digilis treler sejauh kira-kira 80 meter.

“Mangsa diseret sejauh kira-kira 80 meter dan tersepit di bawah lori serta dan keadaannya dilaporkan parah, manakala seorang lagi mangsa hanya alami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 3.22 petang.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa yang tersepit itu berjaya dibawa keluar pihaknya pada pukul 3.33 petang.

“Kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya