IPOH: Operasi pembenihan awan di kawasan Tasik Bukit Merah, Bagan Serai yang mulai kering berikutan cuaca panas akan dilakukan selama tiga hari pada 29 hingga 31 Julai ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, tarikh tersebut ditetapkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk pembenihan awan dilakukan. Menurutnya, pembenihan awan di kawasan itu sangat penting kerana air di Tasik Kolam Bukit Merah yang menjadi sumber utama air untuk kegunaan domestik dan pertanian terutama sawah padi di Kerian serta kegunaan perindustrian di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya