Pemangku Raja Perlis ketuai Kayuhan Berbasikal Amal MAIPs Peduli Khas - Utusan Malaysia

Pemangku Raja Perlis ketuai Kayuhan Berbasikal Amal MAIPs Peduli Khas

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (belakang, tiga dari kiri) berkenan merakamkan gambar bersama selepas Program Kayuhan Berbasikal Amal MAIPs Peduli Khas bersempena Karnival Jualan Agro Madani Mega Peringkat Negeri Perlis, baru-baru ini.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengetuai Program Kayuhan Berbasikal Amal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Khas bersempena Karnival Jualan Agro Madani Mega Peringkat Negeri Perlis, baru-baru ini.

Program itu merupakan anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan kerjasama tiga agensi pelaksana iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Ketibaan tiba baginda dalam program yang berlangsung di dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, turut diiringi oleh anakanda bongsu, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Selain itu, menyambut ketibaan baginda adalah Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) KPKM, Datuk Muhammad Ammir Haron dan Pengarah FAMA negeri, Mohd Anzara Azizan.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi FAMA), Abdul Rahman Mahmood, Pengarah Kanan Pemasaran Segar (PMS) FAMA, Shahrizan Sudiman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kontrak Pemasaran (PKP) FAMA, Azhar Jamaluddin.

Dalam pada itu, penganjuran karnival berkenaan turut diserikan dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti menarik untuk setiap lapisan masyarakat.

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti pertandingan mewarna, menyusun puzzle Kempen ‘Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan’, FAMA Run, Pertandingan E-sport, AgroYouth Pocket Talk Bicara Usahawan, KAHOOT Games dan pelbagai lagi.

Di samping itu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan singgah di rerurai promosi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan diadakan pada September depan serta merupakan edisi khas bersempena meraikan 100 tahun penganjurannya.

Dalam program kayuhan tersebut, baginda turut berkenan menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang kepada penerima yang dipilih di rumah kediaman masing-masing.

Antara penerima sumbangan itu adalah Sarimah Din, 59, dan Salmiah Birahin, 50, dari Kg Pengkalan Asam serta Salleh Hussain, 55, dari Kg Behor Temak (Bukit Kecil). -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya