Pemandu mengantuk selepas telan 6 jenis ubat

Pemandu mengantuk selepas telan 6 jenis ubat

SEBUAH kereta dirakam memandu lawan arus dari Ayer Hitam ke Parit Raja, Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Mengantuk kerana makan enam jenis ubat untuk penyakit jantung menyebabkan seorang lelaki memandu di lorong bertentangan di Jalan Ayer Hitam menghala Parit Raja, baru-baru ini

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular berdurasi 30 saat kira-kira pukul 3 petang, 7 Julai lalu.

“Hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan mendapati dokumen-dokumen rawatan serta perubatan di dalam keretanya. 

“Bagaimanapun, hasil saringan air kencing mendapatinya negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Shahrulanuar, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh dipenjara selama lima tahun dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM15,000.

Sekiranya merupakan kesalahan kedua katanya, boleh didenda minimum RM10,000 atau maksimum RM20,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya