PETALING JAYA: Pelawak dan isterinya yang ditahan kelmarin berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu yang remannya tamat hari ini akan diberi jaminan polis dan siasatan diteruskan. “Siasatan tindakan tatatertib juga akan dijalankan ke atas isterinya yang juga anggota polis,” katanya ketika dihubungi di sini. Media semalam melaporkan pelawak serta isterinya ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan IPD Shah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya