PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi OKU Muslim adalah usaha penting bagi memperkasa komuniti orang kelainan upaya (OKU) merangkumi aspek kehidupan, akidah, akhlak dan ibadah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia adalah pendekatan holistik memastikan kehidupan OKU beragama Islam diberikan bimbingan, ilmu agama dan pendidikan Islam yang menepati syariah. Beliau berkata, usaha membangunkan pelan tindakan ini sudah bermula sejak 2020 yang diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). “Kita harap dengan adanya pelan tindakan ini, kita dapat berjalan selari dengan dasar kerajaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya