Pelan Induk Wakaf Nasional jadi garis panduan satukan dana wakaf

Pelan Induk Wakaf Nasional jadi garis panduan satukan dana wakaf

MOHD. Na'im MOkhtar ketika melancarkan Sahabat Wakaf Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah tiga tahun dibangkitkan, Pelan Induk Wakaf Nasional 2025-2030 dijangka dapat diluncurkan dalam masa terdekat setelah dimuktamadkan semua negeri seawal hujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pelan induk itu bakal menjadikan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sebagai agensi pusat yang menyatukan dana wakaf pelbagai agensi, sektor korporat dan institusi perbankan Islam.

Katanya, ia menyaksikan setiap negeri selaku pemegang tunggal harta wakaf di peringkat negeri itu akan menerima manfaat menerusi kerjasama strategik dari segi kutipan dan pengagihan.

“Saya berharap usaha baik ini selaras dengan agenda nasional iaitu wakaf menyumbang 10 peratus daripada sektor kewangan Islam menjelang 2030 nanti,” katanya selepas melancarkan Sahabat Wakaf Korporat YWM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im mengakui perancangan pelan induk tersebut memang telah lama dirangka sejak 2021 yang turut melibatkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar).

“Kelewatan ini bukanlah disengajakan kerana isu wakaf membabitkan pihak Majlis Agama Islam Negeri serta perlu menerima perkenan sultan di negeri masing-masing,” jelasnya.

Walau bagaimanapun beliau memberikan bayangan, kesemua negeri sudah selesai sesi libat urus mereka dan bakal dibawa kepada peringkat persekutuan sebelum dimuktamadkan.

Katanya, setakat ini 21 agensi dan syarikat swasta menjadi Sahabat Wakaf Korporat melalui pelbagai bentuk platform kerjasama serta perkongsian kepakaran sekali gus mampu memperkasakan instrumen wakaf tempatan berkembang secara global berbanding jika dilaksanakan secara bersendirian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya