Pelajar hisap rokok elektronik berlebihan tidak sedarkan diri, sawan - Utusan Malaysia

Pelajar hisap rokok elektronik berlebihan tidak sedarkan diri, sawan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Gara-gara dipercayai menghisap rokok elektronik atau disyaki vape jenis ‘magic mushrooms’ secara berlebihan, seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman selepas tidak sedarkan diri dan sawan, minggu lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, pada Isnin lalu, mangsa dikatakan secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika berada di sekolahnya.

“Rakan mangsa yang menyedari kejadian bergegas memberitahu guru, sebelum mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran oleh ahli keluarganya.

“Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman,” katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan sawan ekoran pengambilan bahan kimia itu secara berlebihan.

“Difahamkan mangsa masih menerima rawatan dan keadaannya masih belum pulih,” katanya.

Sumber berkata, bimbang dengan keselamatan anaknya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya