KLANG: Seorang gadis yang bekerja dekat gerai sebuah pusat beli-belah di Bandar Bestari di sini, melalui detik menakutkan apabila mendakwa dicabul lelaki warga asing selama dua hari berturut-turut. Kejadian malang menimpa mangsa tempatan berusia 19 tahun itu berlaku pada Sabtu dan Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 40-an menghampiri mangsa di gerai itu, kira-kira pukul 3.30 petang. Menurutnya, suspek kemudian didakwa menyentuh dan meraba peha selain mahu mengoyakkan seluar jeans gadis tersebut. “Pada pukul 11 pagi keesokkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya