Pasangan pempengaruh tiba di mahkamah, kes seleweng wang derma

Pasangan pempengaruh tiba di mahkamah, kes seleweng wang derma

PASANGAN pempengaruh atau influencer tiba di Mahkamah Majistret, di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Pasangan suami isteri pempengaruh atau influencer tiba di Mahkamah Majistret, di sini selepas kedua-dua mereka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng wang derma.

Kedua-dua pasangan itu tiba di mahkamah kira-kira pada pukul 9.15 pagi yang dibawa menggunakan kenderaan pihak SPRM bagi permohonan reman dengan tangan bergari.

Semalam, pasangan berkenaan ditahan kira-kira pukul 6.40 petang ketika hadir merakam percakapan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Kata sumber itu, SPRM turut dipercayai merampas komputer riba dan telefon bimbit pasangan berkenaan selepas menggeledah rumah pasangan berkenaan petang semalam.

Tular di media sosial mengenai pempengaruh atau influencer yang dikatakan mengambil komisen daripada kutipan derma orang ramai dengan peratusan yang tinggi.

Apatah lagi dia dan pasangannya dilihat hidup dalam kemewahan yang luar biasa hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya daripada warga siber.

Malah, pempengaruh tersebut didakwa tidak membuat audit terhadap kutipan orang ramai itu dan dikatakan juga tidak menunjukkan gambar atau bukti kutipan tersebut diserahkan kepada penerimanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya