Pasangan pempengaruh bebas reman, diperintah bayar wang jaminan RM100,000

Pasangan pempengaruh bebas reman, diperintah bayar wang jaminan RM100,000

PASANGAN suami isteri pempengaruh atau influencer direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu kini dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes penyelewengan dana derma awam.

Perkara itu diputuskan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohaniddin selepas reman berakhir hari ini oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 11 Julai lalu.

Menurut sumber, kesemua suspek diperintahkan untuk membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang di mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.

Kata sumber, kesemua suspek juga perlu hadir ke pejabat SPRM sebulan sekali untuk melaporkan diri dan sekiranya diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai.

Pada 10 Julai lalu, SPRM menahan kesemua suspek ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

“Suspek yang merupakan pasangan suami isteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2020 dengan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara yang betul.

“Dianggarkan kutipan derma terbabit mencecah kira-kira RM3 juta dan pada masa yang sama dua lagi suspek turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN