ALOR SETAR: Sebanyak 95 unit topi keledar tiruan berjenama popular serta 133 beg sarung topi keledar berlabel jenama itu dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sebuah kediaman, di sini kelmarin. Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan kira-kira pukul 11 pagi itu dilakukan bersama-sama wakil Trade Mark Owner (TMO) bagi jenama itu dan wakil syarikat guaman Shearn Delamore and Co. Menurutnya, sepasang kekasih berusia awal 30-an yang bergiat aktif menjual topi keledar itu secara dalam talian turut ditahan bagi membantu siasatan sebelum mereka dibebaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya