SIK: Paras air di Tasik Gubir yang menjadi sumber air bagi Empangan Muda, di sini mengalami penyusutan ketara ekoran cuaca panas dan musim kemarau ketika ini. Ketiadaan hujan sejak lebih sebulan lalu menyebabkan dasar tasik yang sepatutnya digenangi air semakin menampakkan batuan selain jarak asal tebing yang semakin meluas. Tinjauan turut mendapati, bot-bot milik nelayan darat di Tasik Gubir juga semakin menginjak ke tengah berbanding kedudukan asal bot itu ditambat. Menurut seorang nelayan, Mohd. Yusof Syafaie, 67, penyusutan paras air di tasik itu menjadi fenomena biasa setiap tahun namun kali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya