'PAC tak sebut elemen rasuah dalam HRD Corp, biar SPRM siasat'

‘PAC tak sebut elemen rasuah dalam HRD Corp, biar SPRM siasat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Peguam, Amrit Pal Singh hari ini membangkitkan kenyataan bahawa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah menyebut mengenai berlakunya elemen rasuah dalam pentadbiran Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

Justeru, beliau berkata, semua pihak hendaklah berlapang dada dan membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut dengan penuh professional bagi mencapai tujuan yang disasarkan.

“Ini tidak, baru sahaja SPRM kunjungi pejabat HRD Corp, ramai yang buat pelbagai tanggapan walaupun PAC tidak pernah sebut elemen rasuah atau salah guna kuasa oleh pengurusan HRD Corp,

“Sebagai pengamal undang-undang, saya suka ingatkan bahawa prinsip kami jelas, seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah.

“Kita tak boleh ‘hukum’ mengikut media sosial hari ini yang rangkaiannya tiada sempadan,” jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

SPRM sebelum ini mengesahkan telah memulakan penyiasatan berhubung isu HRD Corp dengan mengambil dokumen-dokumen berkaitan Laporan Ketua Audit Negara dari Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp.

Hasil analisis awal mendapati 12 rumusan teguran yang diketengahkan dalam Laporan Audit tersebut.

Namun begitu, fokus utama siasatan SPRM menjurus kepada elemen-elemen jenayah (criminality) yang tertakluk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

SPRM turut menjelaskan bahawa pihaknya akan menumpukan siasatan terhadap isu-isu kelemahan pengurusan dan ketidakakuran peraturan kerana perkara-perkara tersebut telah pun dijelaskan dan diperkemaskan oleh pengurusan HRD Corp sewaktu Exit Conference dengan Jabatan Audit Negara sebelum ini.

Pada masa sama SPRM menyeru semua pihak agar memberi ruang dan masa yang mencukupi bagi proses siasatan ini dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya