Nikahi duda anak tiga, Sarah sedia jadi ibu ekspres

Nikahi duda anak tiga, Sarah sedia jadi ibu ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT: Penyanyi, Sarah Suhairi, 24, mengakui bersedia menggalas tanggungjawab sebagai ibu ‘segera’ kepada tiga anak tiri sebaik memilih berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aswad Anuar,39,

Menurut Sarah, dia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga sekali gus bukan halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.

“Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkenalan.

“Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran dalam hidup mereka. Bahkan, kawan-kawan rapat saya pun telah bertemu dengan anak-anak Aswad.

“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu,”katanya.

Sarah berkata demikian usai majlis pernikahan yang berlangsung di Berern Hill, di sini, hari ini.

Selain itu, Sarah berkata, perkenalan mereka juga mula berputik di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara berikutan masing-masing meminati sukan berkuda.

“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.

“Kelompok kawan kami juga adalah orang yang sama. Dari situlah detik perkenalan bermula. Sepanjang empat tahun kami berkawan, bukanlah rahsia sangat kerana Aswad sering menemani saya ke majlis-majlis tertentu.

“Cuma dia tidak menonjolkan diri sangat kerana bagi kami selagi belum ada ikatan sah, lebih baik simpan sendiri,”katanya.

Untuk info, Aswad pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 namun berpisah dengan pasangan terdahulu pada 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, Aswad dikurniakan tiga cahaya mata yang masing-masing berusia 14, 10 dan 8 tahun.

Terdahulu, Sarah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan pensyarah, Aswad pada majlis pernikahan yang diadakan pada pukul 8.29 pagi hari ini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Sarah, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.

Dalam majlis penuh seri itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun jumlah hantaran dirahsiakan.

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN