PETALING JAYA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA), memberi amaran mungkin ‘tiada lagi kelibat kanak-kanak’ di Semenanjung Gaza dalam tempoh terdekat sekiranya tentera Israel terus melancarkan serangan sehingga meragut ratusan nyawa sehari. Serangan berterusan oleh rejim Zionis sejak 7 Oktober tahun lalu menyaksikan tidak mustahil jika seluruh populasi kanak-kanak di Gaza akan lenyap dalam masa terdekat. Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma berkata, lebih 600,000 kanak-kanak di Gaza tidak dapat bersekolah sejak perang Israel bermula pada Oktober lalu. Katanya, situasi itu berikutan penutupan sebilangan besar sekolah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya