Mungkin bukan sihir, cuma badan penat - Hazama - Utusan Malaysia

Mungkin bukan sihir, cuma badan penat – Hazama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Hazama, berpendapat keadaan tubuh yang penat kerana terlalu kuat bekerja boleh mempengaruhi mental seseorang.

Menurut Hazama atau Hazama Azmi, 39, perkara ini adalah situasi normal yang sering dihadapi peserta di mana-mana pertandingan nyanyian.

“Dalam pertandingan, tekanan memang ada, ditambah dengan badan yang letih. Apabila badan sudah lemah, mereka senang diganggu.

“Kadangkala bukan tentang sihir cuma tubuh sudah lemah. Ketika itu tidak kena sihir pun boleh rasa seperti disihir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bukan itu sahaja, penyanyi Pokok itu juga menasihati orang ramai untuk mendekatkan diri dengan ajaran agama bagi mengelak menjadi mangsa perbuatan ilmu hitam.

“Apapun kita wajar hati-hati. Jaga minda dan hati, Insya-Allah sihir tidak akan berpeluang bermain di minda dan jiwa kita.

“Sentiasalah ingat Allah. Kerana Allah sentiasa bersama orang yang mengingatinya.

“Kalau nak ikutkan, sihir ini sejak zaman Rasulullah sudah ada. Nabi pun pernah disihir,” katanya.

Terdahulu, penyanyi, Aisha Retno mendakwa terdapat peserta dalam pertandingan nyanyian, The Hardest Singing Show, mengamalkan sihir untuk menjatuhkan peserta lain.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Aisha memberi bayangan pelaku tersebut pernah menjadi idolanya sebelum ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN