MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih

MTUC yakin Skim Gerak Insan Gemilang telus, bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yakin Skim Gerak Insan Gemilang yang dikendalikan Human Resource Development Corporation (HRD Corp) sebagai telus dan bebas dari unsur-unsur salah guna kuasa.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, ini kerana pihaknya dimaklumkan bahawa perkara ini telah diangkat kepada pihak Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana) dan Kementerian Kewangan (MOF) melalui mesyuarat Laporan Kemajuan HRD Corp bertarikh 20 Mei 2022.

“Kesemua data peserta telah dihantar kepada Laksana dan MOF, saya yakin ia telah melalui proses semakan dan tapisan yang teliti oleh pihak berkaitan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa mesyuarat Lembaga Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bersetuju dan mengambil maklum berkenaan peserta mengikuti lebih daripada sekali latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024 menegur HRD Corp mengenai skim berkenaan yang meragukan kerana mempunyai nama dan nombor kad pengenalan yang sama melibatkan sebahagian kecil daripada 234 permohonan peserta.

Sementara itu, melalui nota pembentangan pihak pengurusan kepada lembaga pengarah HRD Corp yang dilihat media, HRD Corp telah menambah baik sistem berkaitan, di mana setiap pemohon hanya boleh memohon sekali sahaja berdasarkan rekod nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan.

Menurut nota berkenaan, sistem terbaru ini akan menolak permohonan tersebut secara automatik sekiranya terdapat pertindihan nombor kad pengenalan yang sama.

“Pihak PSMB akan melalukan siasatan terperinci terhadap perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap prosedur yang telah ditetapkan,” menurut nota yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya