MOSTI anjur seminar STI

MOSTI anjur seminar STI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan Seminar Foresight dalam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dengan tema Future Ready with Forecast and Foresight.

Penganjuran seminar itu bertujuan membudayakan keputusan berdasarkan data dan aplikasi foresight dalam gerak kerja Kerajaan, penyediaan medium kolaborasi strategik bersama pemegang taruh dan platform pemindahan pengetahuan terkini mengenai tren analitik data raya dan foresight kepada peserta seminar.

Sesi seminar ini telah dihadiri oleh seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada wakil kerajaan, swasta dan ahli akademik.

Seminar ini adalah anjuran bersama dengan Korea Institute of Science & Technology Evaluation and Planning (KISTEP), Korea Selatan; International Science, Technology and Innovation Centre for South-South Cooperation (ISTIC), Pusat di bawah naungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO); dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), agensi di bawah MOSTI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN