Mohd. Hishamudin Md Yunus dilantik Pengerusi Suhakam baharu

Mohd. Hishamudin Md Yunus dilantik Pengerusi Suhakam baharu

MOHD HISHAMUDIN MD YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkuat kuasa 3 Julai lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk tempoh tiga tahun.

“Pelantikan itu selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597],” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hishamudin, 75,  merupakan graduan undang-undang dari University of London dan beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Ketua Pendaftar Mahkamah Agung, Peguam Kanan Persekutuan dan Presiden Mahkamah Sesyen.

Dengan pengalaman undang- undang selama 45 tahun, beliau juga memperoleh pensijilan Timbang Tara Komersial Antarabangsa daripada Chartered Institute of Arbitrators, United Kingdom.

Sepanjang perkhidmatannya di Mahkamah Tinggi, beliau telah menulis lebih 750 penghakiman yang telah dilaporkan dalam jurnal undang-undang.

Mohd Hishamudin juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Undang-undang kepada Kementerian Perusahaan Utama dan sebagai jurucakap mewakili negara-negara pengeluar getah di Rundingan Perjanjian Getah Asli di Switzerland.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Delegasi Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) ke Afrika Selatan sebelum menjadi Penimbang tara di Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur.

Beliau sebelum ini merupakan ahli Suhakam selain bekas Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Mycc) – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya