KUALA LUMPUR: Malaysia akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas Russia kerana menembak jatuh pesawat MH17 pada 2014, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Menurut beliau, Malaysia akan bersama negara-negara lain yang turut mengambil tindakan serupa selepas rakyat mereka terkorban dalam nahas itu. “Kita bersama-sama dengan negara-negara (yang) terlibat terutamanya penumpangnya yang ramai. “(Kita) akan terus mengambil tindakan undang-undang yang sedang juga dalam proses perjalanan sekarang,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan dan Perintah Kuala Lumpur (KLCCC). MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya