IPOH : Selama ini Ketua Jurulatih Perak FC, Mohd. Yusri Che Lah tidak pernah menyentuh tentang persembahan pemainnya dalam sesuatu perlawanan. Bagaimanapun semalam, Yusri tidak dapat menahan perasaannya selepas mereka kecundang 0-2 kepada Penang FC di gelanggang sendiri dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak. “Selama ini saya sentiasa pertahankan pemain tetapi malam ini saya sungguh kecewa. Kesabaran seseorang ada hadnya. “Mereka bermain seperti tiada keinginan dan tiada keyakinan diri, mereka macam tidak mahu menang. “Saya tidak tahu kenapa tetapi macam ada protes,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan semalam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya