Menjelang tibanya 1446 Hijrah

Menjelang tibanya 1446 Hijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Insya-Allah, umat Islam akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1446 pada waktu Maghrib 6 Julai 2024 ini. Perkataan Maal Hijrah berasal daripada dua perkataan Arab iaitu ma-a dan al-hijrah . Ia membawa maksud seruan untuk mengajak orang ramai sama-sama berhijrah atau berubah daripada suatu yang tidak baik kepada yang baik atau daripada sesuatu yang baik kepada sesuatu yang lebih baik.

Antara lambang Maal Hirah yang menarik perhatian ialah sarang labah-labah yang menjadi latarbelakangnya.

Dalam al-Quran ada surah diberi nama al-Ankabut yang diterjemahkan sebagai Surah Labah-labah. Ia adalah surah ke 29 dariada 114 surah dan mengandungi 69 ayat, 982 perkataan dan 4,200 huruf.

Dalam peristiwa hijrah, ketika pihak musyrikin Quraisy Mekah mengejar nabi dan Saiidina Abu Bakar, mereka berselindung dalam Gua Thur.

Sejurus memasuki gua, datang labah-labah membuat sarang di pintu gua. Apabila pihak musyrikin Quraisy tiba, mereka mendapati ada sarang labah-labah di pintu gua itu. Mereka berfikir tentu tiada orang di dalam gua kerana jika ada orang masuk sudah tentu sarang labah-labah tersebut terkoyak. Mereka pun berlalu pergi dengan perasaan hampa.

Jadi, terselamatlah nabi dan Saidina Abu Bakar daripada ancaman Musyrikin Mekah. Sehubungan itu sarang labah-labah adalah suatu benteng pertahanan yang sangat kuat kerana pihak musuh tidak dapat langsung masuk ke dalam.

Dalam satu kajian sains, peluru dilepaskan kepada perisai besi dan perisai yang diperbuat daripada air liur labah-labah. Dapatan menunjukkan peluru dapat menembusi perisai besi tetapi tidak dapat menembusi perisai daripada air liur labah-labah.

Kini, di Eropah, terdapat ladang menternak labah-labah untuk tujuan pertahanan. Oleh itu, dicadangkan masyarakat Malaysia mengambil peluang untuk meneroka industri yang berpotensi besar ini.

Marilah berhijrah daripada masyarakat berilmu tanpa beramal kepada masyarakat berbudaya ilmu dan sentiasa mempraktikkan ilmu yang dikuasai dalam kehidupan seharian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN