Menangis depan kamera? Tiada masalah - Nabila Huda - Utusan Malaysia

Menangis depan kamera? Tiada masalah – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon serba boleh, Nabila Huda, mengakui tidak sukar menjayakan adegan sedih yang memerlukannya menangis di hadapan kamera.

Menurut Abil atau Nur Nabila Huda Suhaimi, 37, darah sebagai seorang pelakon sudah mengalir sebati dalam diri membuatkannya mudah menjiwai sebarang watak.

“Kalau suruh menangis depan kamera, tiada masalah. Bila sudah ‘masuk’ ke dalam karakter yang saya bawakan, memang boleh.

“Tapi jika disuruh saya menangis sekarang secara tiba-tiba. Itu tidaklah ya, banyak cantik,” katanya berseloroh.

Nabila berkata demikian menerusi satu temu ramah di sebuah program pagi stesen radio swasta, pagi tadi.

Bagaimanapun, Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2022, mengakui mengacarakan sesuatu majlis atau rancangan adalah pekerjaan yang paling mencabar sehingga kini.

“Bagi saya paling sukar dilakukan ialah menjadi pengacara. Saya boleh lakukan, cuma ia sukar. Seperti ada sahaja momen janggal yang akan terjadi.

“Sampai sekarang saya tidak rasa menjadi pengacara adalah jiwa saya berbanding dunia lakonan. Kalau suruh berlakon, pacak sahaja kamera, saya tahu mahu buat apa,” katanya yang kini sedang membawakan watak seorang penyondol.

Terdahulu, kenyataan pelakon, Ruhainies mengakui tidak tahu untuk berpura-pura menangis di hadapan kamera dan media menjadi bualan segelintir warganet.

Menerusi hantaran di InstaStory, pelakon itu menjelaskan dia hanya menangis untuk memberikan komitmen ketika bekerja.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya