MB Johor minta orang ramai sama-sama cari Albertine

MB Johor minta orang ramai sama-sama cari Albertine

Albertine Leo Jia Hui
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang ramai diminta membantu melaporkan sebarang maklumat diperoleh bagi mengesan Albertine Leo Jia Hui, 6, yang hilang di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri dekat sini, kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, mereka yang menemui kanak-kanak itu atau mempunyai sebarang maklumat diminta segera melaporkan ke balai polis berhampiran.

“Saya telah menerima laporan berkenaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang pada 20 Julai lalu, pukul 8.30 malam akibat terpisah daripada keluarga ketika acara Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri,” kata beliau di Facebook miliknya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan diaporkan berkata, kanak-kanak itu berketinggian kira-kira 120 sentimeter (cm) dan rambutnya panjang berwarna hitam selain berkulit cerah dan bertubuh kurus sederhana.

Kumarasan berkata, kanak-kanak berkenaan memakai baju T putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan seluar pendek.

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai kedudukan kanak-kanak itu boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi di talian 017-7051097 atau talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Lokasi pusat perniagaan itu sedang berlangsung festival Maqan x Bon Odori selama tiga hari bermula kelmarin yang disertai bapa kanak-kanak itu yang juga seorang peniaga.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN