Malaysia zahir komitmen jayakan Persidangan Imam Bukhari

Malaysia zahir komitmen jayakan Persidangan Imam Bukhari

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menzahirkan komitmen untuk bekerjasama bagi menjayakan cadangan penganjuran Persidangan Imam Bukhari yang diutarakan Kerajaan Uzbekistan sebelum ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang disentuh menerusi panggilan telefon daripada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev tengah hari tadi.

“Selain bertanya khabar, kami sempat bicarakan dan menilai kemajuan pelbagai perkara yang dipersetujui bersama ketika kunjungan saya dan delegasi Malaysia ke Uzbekistan pada Mei lalu. 

“Saya turut mengulangi jemputan untuk Presiden Shavkat berkunjung ke Malaysia sesegera mungkin bersama-sama delegasi Uzbekistan untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala kedua-dua negara,” katanya menerusi catatan di Facebook. 

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau dan Shavkat turut senada untuk menyegerakan urusan terkait kerjasama Malaysia-Uzbekistan dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, tenaga, pelancongan dan pendidikan.

“Saya turut zahirkan penghargaan Malaysia terhadap dukungan berterusan Uzbekistan dalam konflik dan perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin, selain isu-isu kemanusiaan dan geopolitik di Afghanistan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya