Malaysia pantau rapi perkembangan semasa rantau Asia Barat 

Malaysia pantau rapi perkembangan semasa rantau Asia Barat 

KEADAAN Gaza yang musnah teruk selepas serangan Israel berlanjutan selama hampir sembilan bulan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Luar sedang memantau rapi perkembangan semasa di rantau Asia Barat ketika ini.

 Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, mengambil kira perkembangan ini, kerajaan Malaysia komited dalam memastikan keselamatan semua warganegara Malaysia terus terpelihara. 

Pada masa sama, Kerajaan Malaysia, melalui pejabat-pejabat kedutaannya, terus berhubung rapat dengan warganegara Malaysia yang telah berdaftar, dan bantuan konsular akan disalurkan dengan segera sekiranya diperlukan. 

“Warganegara Malaysia yang melawat atau menetap di rantau Asia Barat yang masih belum mendaftar dengan Kedutaan Malaysia yang terdekat, digesa untuk berbuat demikian dengan segera.

“Ini akan memudahkan pihak kedutaan untuk memanjangkan bantuan konsular dengan segera, sekiranya perlu,” katanya hari ini.

 Senarai Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara boleh diperoleh melalui laman sesawang Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my. 

Rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau tersebut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Ia susulan ketegangan yang melonjak di sepanjang sempadan Lubnan dan Israel dengan siri serangan rentas perbatasan antara pejuang Hezbollah dan askar penceroboh Tel Aviv.

Wisma Putra turut menegaskan, Malaysia secara berterusan telah menyeru kepada gencatan senjata di Gaza dan supaya semua pihak yang terlibat untuk meredakan ketegangan supaya situasi ini tidak merebak. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya