Malaysia hasrat bawa rakyat Palestin tercedera dirawat di Hospital Angkatan Tentera

Malaysia hasrat bawa rakyat Palestin tercedera dirawat di Hospital Angkatan Tentera

MOHAMED Khaled Nordin kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr dalam satu majlis makan malam, di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Malaysia berhasrat untuk membawa rakyat Palestin yang tercedera dan memerlukan perhatian perubatan segera ke negara ini, bagi menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Malaysia.

Hasrat itu disampaikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada  Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr dalam satu majlis makan malam, di sini Kuala Lumpur Selasa lalu.

Menurut Mohamed Khaled, hasrat itu kini berada di peringkat akhir kelulusan pihak Kerajaan Mesir.

“Selain daripada membincangkan mengenai soal hubungan dan kerjasama pertahanan antara dua negara, ia turut tertumpu kepada perkembangan dan situasi yang sedang berlaku di Palestin.

“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Mesir atas bantuan yang diberikan untuk melaksanakan inisiatif terbaharu Malaysia membantu rakyat Palestin,” katanya.

Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Mesir yang membantu menjayakan pembukaan Pejabat Penasihat Pertahanan Malaysia yang ke-27 di Mesir, yang mula beroperasi sejak Jun 2024.

Katanya, pada majlis itu, kedua-dua buah negara memberikan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan antara negara, termasuklah melalui perjanjian persefahaman dalam kerjasama pertahanan yang akan dimeterai kelak.

Baru-baru ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan perlu dihentikan segera.

Kenyataan ICJ yang dipanggil Pendapat Nasihat itu tidak mengikat, namun ia diputuskan tatkala kebimbangan kian meningkat terhadap jumlah kematian dan kemusnahan dalam perang dilancarkan Israel di Gaza, sekali gus berkemungkinan akan meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Israel.

Ketua Hakim ICJ, Nawaf Salam, dipetik berkata mahkamah mendapati kehadiran berterusan Israel di wilayah Palestin adalah tidak sah.

Menurut penghakiman yang dibacakan di Istana Keamanan, Israel perlu menamatkan pendudukan mereka secepat mungkin.

ICJ berkata, Israel perlu menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan baharu dan memindahkan semua peneroka dari tanah yang diduduki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya