Malam Laila Al-Ma’idah KPSK turut raikan anak-anak yatim

Malam Laila Al-Ma’idah KPSK turut raikan anak-anak yatim

ANTARA anak yatim yang diraikan pada malam ‘Laila Al-Ma’idah’ pelajar semester tiga Kolej Pengajian Seni Kreatif, Pengajian Seni Liberal (KPSK).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Majlis makan malam ‘Laila Al-Ma’idah’ pelajar semester tiga Kolej Pengajian Seni Kreatif, Pengajian Seni Liberal (KPSK) bukan sahaja sebagai menghargai mereka yang terlibat dalam program Mentor Mentee 2024, tetapi juga bagi meraikan anak-anak yang kurang bernasib baik.

Program Mentor Mentee itu merupakan satu usaha membangunkan komunikasi yang kukuh disamping mengeratkan hubungan antara penasihat akademik dan pelajar Pengajian Seni Liberal.

Terdapat empat program yang terlibat iaitu program Pengurusan Industri Kreatif, Pengurusan Produksi Filem, Penulisan Kreatif dan Penulisan Skrin dari peringkat diploma hingga ijazah semester satu hingga semester empat bersama 25 orang pensyarah akademik dari Pengajian Seni Liberal.

Platform ini adalah sebahagian penilaian bagi subjek-subjek praktikal di bawah bidang Pengurusan Industri Kreatif dengan pelajar turut mengambil peluang meraikan anak-anak yatim dari Rumah

Al-Mahabbah sebagai sebahagian daripada tanggungjawab korporat Kolej Pengajian Seni Kreatif.

Bertemakan Arabian Night, ia bukan hanya menambah dimensi rohani tetapi juga menyaksikan pelbagai persembahan kerohanian, budaya dan warisan di samping pelajar-pelajar diberi ruang dan peluang untuk berinteraksi dan merapatkan ukhuwah sesama mereka dan pensyarah.

Program itu diusahakan sepenuhnya oleh pelajar semester tiga yang semuanya berjumlah 34 orang dan program Mentor Mentee 2024 itu merupakan acara kemuncak bagi program Gempita 4.0 yang bermula dari 26 hingga 29 Jun 2024 di UiTM Puncak Perdana.

Menurut penasihat program Laila Al-Ma’idah, Azroz Mohd, ia bukanlah sekadar jamuan makan semata-mata tetapi ia bagi merapatkan hubungan antara semua yang terlibat.

Kata Azroz, pendekatan meraikan anak-anak 25 anak yatim yang dijemput juga dapat mengeratkan hubungan antara para pelajar dengan masyarakat.

Bukan itu sahaja, katanya, pelajar yang menguruskan program ini akan dapat mempraktikkan teori pengurusan serta strategi yang dipelajari sepanjang semester.

Ketua Pengajian Seni Liberal, Dr. Ahmad Kamal Basyah pula berbesar hati atas kerjasama dan usaha yang ditunjukkan oleh para pelajar serta pensyarah.

Katanya, selain daripada dapat meluangkan masa bersama penasihat akademik masing-masing, para pelajar juga dapat saling mengenali antara satu sama lain walaupun daripada bidang dan program yang berbeza. – UTUSAN

e-mel Utusan Pelajar: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN