IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Ogos depan bagi jatuh hukum kes seorang lelaki warga emas yang didakwa membunuh abang dan kakak iparnya, dua tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Ng Chun Ming, 63, menukar pengakuan tidak bersalah kepada bersalah semalam. Pengakuan itu dibuat pada hari pertama perbicaraan kes bunuh tersebut yang bermula semalam hingga Jumaat depan. Sehubungan itu, mahkamah mensabitkan lelaki terbabit atas kesalahan membunuh Ng Chun Hon, 64, dan Ooi Tin Lu, 59, di sebuah rumah di Taman Bercham…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya